Saturday, January 22, 2011

Episod Menakjubkan A'immah Salaf [EMAS]- Siri 1

Perjalanan Satu Bulan Jabir bin Abdillah r.a Mencari Satu Hadith

Imam Abu Abdillah Al-Bukhari berkata di dalam Sahihnya , kitab Al-'Ilm, Bab Al-Khuruj fi Thalabil 'Ilm : "Jabir bin Abdillah melakukan perjalanan selama satu bulan untuk menemui Abdullah bin Unais demi mendapatkan satu hadith."

Berkata Al-'Allamah Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah : "Ucapan Al-Bukhari ini mengisyaratkan kepada hadith yang ia riwayatkan di dalam kitabnya Al-Adabul Mufrad, bab Al-Mu'anaqah dari jalan Abdullah bin Muhammad bin Aqil, bahawa ia mendengar Jabir bin Abdillah berkata : "Aku mendengar seorang lelaki sahabat Nabi SAW memiliki sebuah hadith. Lelaki tersebut mendengarnya dari Nabi SAW. Maka aku membeli seekor unta dan aku bersiap diri untuk melakukan perjalanan. Aku berangkat untuk menemuinya selama satu bulan, sehingga aku tiba di Syam –dan lelaki tersebut adalah Abdullah bin Unais. Maka aku berkata kepada penjaga pintunya : "Katakan kepadanya bahawa Jabir sedang berada di depan pintu. Dia bertanya : Ibnu Abdillah?. Aku menjawab : Ya

Lalu Abdullah bin Unais keluar dan dia memelukku. Aku berkata : Aku mendengar engkau memiliki sebuah hadith dan engkau telah mendengarnya dari Rasulullah SAW. Aku khawatir diriku nanti mati, atau engkau yang mati sebelum aku mendengarnya. Dia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Allah mengumpulkan manusia pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, belum dikhitan dan buhm. Para sahabat bertanya : Apa itu buhm? Baginda SAW menjawab : Tidak memiliki apa pun...."
[Kemudian Abdullah bin Unais menyambung dengan matan hadith seterusnya ]


Al-Hafiz Khatib Al-Baghdadi memaparkan kisah Jabir ini di dalam kitabnya Ar-Rihlah fi Thalabil Hadith dari banyak jalan. Dia juga meriwayatkan kisah lain dari para sahabat yang melakukan perjalanan demi mencari hadith. Kitab Ar-Rihlah itu sendiri merupakan kitab yang bermanfaat, dan menjadi pendorong bagi orang-orang yang bermalas-malasan melakukan perjalanan demi mencari ilmu. Bacalah, semoga anda tergugah!

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani berkata di dalam Fathul Bari – setelah menyebutkan hadith Jabir tersebut tentang perjalanan yang dilakukannya kepada Abdullah bin Unais. Beliau (Ibnu Hajar) berkata : Hadith ini menunjukkan kebiasaan para sahabat iaitu bersemangat mencari sunnah-sunnah Nabi

[Rujuk : Safahat min Sabr 'Ulama li Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah].

Sunday, January 16, 2011

Syarh 'Aqidah at-Thahawiyah - Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi

Kata Al-Imam Ibnu Abi al-Izz al-Hanafi : "Kalam para Ulama Salaf dalam menetapkan sifat al-'uluw(tinggi) Allah sangatlah banyak. Maka darinya apa yang diriwayatkan oleh Syeikhul Islam Abu Isma'il Al-Anshari dalam bukunya Al-Faruq dengan jalur sanadnya sendiri kepada Al-Muthi' Al-Balkhi, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada Abu Hanifah tentang orang yang mengatakan : "Aku tidak tahu apakah Rabb-ku di langit atau di bumi?". Beliau (Abu Hanifah) menyatakan : "Orang itu kafir". Kerana Allah berfirman : " Ar-Rahman yang bersemayam di atas 'Arsy" (Thaha : 5).

'Arsy Allah itu berada di atas tujuh langit. "Aku bertanya : "Bagaimana jika dia mengatakan bahawa Allah di atas 'Arsy, tetapi dia juga berkata : "Aku tidak tahu apakah 'Arsy itu berada di langit atau di bumi". Beliau (Abu Hanifah) menjawab : "Dia kafir kerana dia mengingkari bahawa Allah itu di langit. Orang yang mengingkari Allah itu di atas langit, bererti dia kafir". Ada perawi yang menambahkan bahawa beliau berkata : "Kerana Allah itu ada di atas "Illiyyin" dan Allah itulah yang dijadikan tujuan berdoa, dan Dia di atas dan bukan di bawah".

Kata Ibnu Abi al-Izz lagi : "Kita juga tidak perlu memperdulikan orang yang mengingkari hal itu, iaitu mereka yang menisbahkan diri kepada mazhab Abu Hanifah [padahal yang demikian itu bukanlah mazhab beliau], kerana sebahagian kelompok Mu'tazilah dan lain-lainnya menisbahkan diri kepada mazhab beliau, padahal 'aqidah mereka berseberangan dengan 'aqidah beliau rahimahullah Ta'ala dalam banyak persoalan i'tiqaadnya. Dan telah menisbahkan kepada Malik, Syafi'i dan Ahmad, orang-orang yang menyelisihi mereka dalam sebahagian i'tiqaad mereka."

[rujuk : Syarh 'Aqidah at-Thahawiyah edisi tahqiq Syeikh Syua'ib Al Arnau'th dan Dr. 'Abdullah bin 'Abdul Muhsin at-Turki, cet. Muassasah ar-Risalah, thn. 2008, hlm.279, bagi edisi yang ditahqiq Syeikh Al Albani, cet. Al-Maktab al-Islami, thn. 2006, rujuk hlm. 200 ]

Saturday, January 8, 2011

Mukhtashar al-'Uluw


Disebutkan Al-Hafizh az-Dzahabi di dalam kitabnya al-'Uluw : Diriwayatkan oleh Syaikh al-Islam Abu al-Hasan al-Hakari dan al-Hafizh Abu Muhammad al-Maqdisi melalui isnad mereka yang sampai kepada Abu Tsaur dan Abi Syu'aib, keduanya dari Al-Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi'i seorang pembela hadith rahimahullah, ia berkata :

 "Pendapatku tentang sunnah di mana aku berpegang kepadanya, dan juga berpegang kepadanya orang-orang yang aku lihat semisal Sufyan, Malik dan selain keduanya, iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa tiada Ilah ( yang berhak diibadahi) selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan bahawa Allah itu di atas 'Arsy-Nya yang ada di langit-Nya. Dia mendekat kepada makhluk-Nya menurut apa yang Dia kehendaki dan turun ke langit dunia menurut apa yang Dia kehendaki."... Lalu disebutkan seluruh i'tiqad ('aqidah dan keyakinan lainnya)

[Ruj : Mukhtashar al-'Uluw, hlm. 176, Al-Maktab al-Islami, cetakan ke-2]

Di antara hadith-hadith yang menjelaskan ketinggian Allah SWT di atas makhluk-Nya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Mu'awiyah bin al-Hakam as-Sulami r.a.

Kata Mu'awiyah bin al-Hakam as-Sulami r.a  :"Aku memiliki seorang budak wanita yang mengembalakan kambing-kambing milikku di sekitar kawasan Uhud dan Al-Jawwaaniyyah. Pada suatu hari aku melihat ada seekor serigala pergi dengan membawa salah seekor kambing gembalaannya. Sementara aku sendiri adalah seorang anak keturunan Adam yang sangat marah menyaksikan kejadian itu sebagaimana kebanyakkan orang lain yang juga akan marah ( sekiranya mengalami hal yang sama). Maka aku pun menempeleng budak wanita tersebut. Setelah itu aku datang kepada Rasulullah SAW(untuk memberitahukan kejadian tersebut). Ternyata Baginda menganggapku sudah melakukan sesuatu yang keterlaluan. Maka aku berkata : "Wahai Rasulullah, apakah aku memerdekakannya saja?" Rasulullah bersabda : "Bawalah dia menghadap ke hadapanku". Maka aku pun membawa budak wanita itu untuk menghadap Rasulullah. Lalu Baginda bertanya kepadanya :"Di manakah Allah?" Budak wanita itu berkata : "Di langit". Rasulullah kembali bertanya : "Siapakah aku?" Budak wanita itu menjawab : "Anda adalah Rasulullah". Rasulullah bersabda : "Merdekakanlah dia! Kerana sesungguhnya dia adalah orang yang beriman".

Setelah mengemukakan hadith ini, Al-Hafizh adz-Dzahabi berkomentar : "Hadith ini sahih dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Dawud, an-Nasa'i serta tidak hanya satu orang dari kalangan imam yang memuatkannya di dalam karya-karya mereka. Semuanya memberlakukannya sebagaimana datangnya, tidak ada yang cuba-cuba melakukan ta'wil dan tahrif".

Kata adz-Dzahabi lagi : "Demikianlah kami melihat, bahawa setiap orang yang ditanya 'di mana Allah' secara spontan fitrahnya akan mengatakan : 'Di langit'.

Maka dalam khabar ini ada dua masalah :

Pertama : Disyari'atkan untuk bertanya kepada seorang Muslim : "Di mana Allah?"
Kedua : Jawaban yang ditanya : "Di langit".

Maka siapa yang memungkiri dua masalah ini, bererti ia memungkiri Mushtafa( Nabi SAW)" -  tamat perkataan adz-Dzahabi - [ruj: Mukhtashar al-'Uluw, hlm. 81]

Di dalam kitab Al-Asma' wa ash-Shifat, al-Imam al-Baihaqi berkata : "Penyebutan dalil-dalil yang menerangkan istiwa'nya Allah Tabaraka wa Ta'ala di atas 'Arsy-Nya, dan juga atsar-atsar yang berasal dari kalangan salaf yang memiliki pengertian seperti ini cukup banyak jumlahnya, dan jalan ini menunjukkan kepada mazhab Asy Syafi'i.

Antara atsar yang berasal dari kalangan salaf dalam masalah ini ialah apa yang diriwiyatkan dari Ibnu Mas'ud r.a, ia berkata :

"Arsy itu di atas air, dan Allah di atas 'Arsy, tidak tersembunyi suatu apapun atas-Nya dari perbuatan-perbuatanmu"

[Atsar ini diriwayatkan oleh Abdullah bin al-Imam Ahmad dalam As-Sunnah-nya, Abu Bakar bin Mundzir, Abu Ahmad Al Assal, Abul Qasim ath-Thabrani, Abu Syaikh, Abul Qasim Al-Lalaka'i, Abu Umar ath-Thalamanki, Abu Bakar Al Baihaqi dan Abu Umar bin Abdil Bar dalam karangan-karangan mereka. Kata adz-Dzahabi : "Dan isnadnya sahih", disepakati oleh Syeikh Al Albani dengan tambahan-tambahan rujukan dalam Mukhtashar al-'Uluw, hlm. 103-104]

Adapun atsar dari Tab'in antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Shadqah dari Sulaiman at-Taimi.

Kata Shadqah : "Aku mendengar Sulaiman at-Taimi berkata : "Seandainya aku ditanya, di manakah Allah ? Aku pasti menjawab : "di langit".

Sulaiman termasuk Imam penduduk Basrah dalam ilmu pengetahuan dan pengamalan.
[ruj : Mukhtashar al-'Uluw, hlm. 133]

Tuesday, December 28, 2010

Syarh Ushul I'tiqaad Ahl as-Sunnah wa al-Jama'ah li Al-Lalaka'i

 
Abu al-Qasim Al-Lalaka'i Ash-Shafi'i (wafat 418 H.) mengatakan: “Apa yang telah diriwayatkan mengenai firman Allah Ta'ala: {“(yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas 'Arsy”} [Surah Thaha : 5] dan bahwa Allah berada di atas Arasy di atas Langit.

Dan Dia Azza wa Jalla mengatakan: {“… kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang shalih dinaikkan-Nya”} [Surah Fathir :10]

Dan Dia berfirman: {“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menjungkirbalikkan bumi bersama kamu,…} [Surah Al-Mulk :16]

Dan Dia berfirman: {“Dan Dia-lah yang berkuasa atas sekalian hamba-hamba-Nya. ...”} [Surah Al-An'aam :18].

Dengan demikian ayat ayat ini menjadi hujjah bahwa Allah berada di atas Arasy, dan Ilmu-NYA berada di mana mana, di bumi-NYA dan di langit-NYA. Dan keyakinan ini diriwayatkan dari para Sahabat: Dari Umar, Ibn Mas'ud, Ibn Abbas, dan Ummu Salamah radiyallahu 'anhum.

Dan dari Tabi'in: Rabi'ah bin Abi Abdur-Rahman, Sulaiman At-Taimi, dan Muqatil bin Hayyan. Dan ini juga merupakan perkataan Fuqaha : Malik bin Anas, Sufyan Ath-Thauri, dan Ahmad bin Hanbal.”

[ruj: Syarh Ushul I'tiqaad Ahl as-Sunnah wa al-Jama'ah li Al-Imam Abu al-Qasim Al-Lalaka'i, juz 3, hlm 430, cet. ke-8, Daar Thayyibah - edisi tahqiq Dr Ahmad Sa'ad Hamdan]

Sunday, December 12, 2010

Hijrah Menuju Kitab Allah [ AL-QUR'AN]

HIJRAH ertinya meninggalkan. Hijrah kepada sesuatu ertinya berpindah dari sesuatu yang lama kepada sesuatu yang baru. Dalam tinjauan syari’at, hijrah adalah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT [ ruj : Fathul Baari Syarh Sahih al-Bukhari].

 Justeru marilah kita berhijrah untuk menjadi Muslim yang lebih baik dari sebelumnya. Atau dalam ertikata yang lain berusaha mewajahi diri sebagai Muslim yang sesungguhnya dalam rupanya yang asal, yang segar sebagaimana dijelaskan Nabi SAW, dididik pada jalan Nubuwwahnya yang mulia.

Dan sebaik-baik permulaan penghijrahan adalah perdampingannya dengan Kitabullah dalam skala yang lebih besar. Kemudian di tikar solat.


Firman Allah SWT : “ Bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu iaitu Al-Kitab (Al-Qur’an) dan dirikanlah shalat..” ( Al-Ankabut : 45)

Firman Allah SWT lagi : “ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari Kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri” (Fathir : 29-30)

Dan Rasulullah SAW bersabda :”Bacalah Al-Qur’an, kerana ia datang pada hari Kiamat , menjadi pemberi syafaat bagi pembacanya” (H/R Muslim)

Dan sabda Rasulullah SAW lagi : “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya” (H/R Bukhari)

Juga sabda Baginda SAW  : ”Perumpamaan orang-orang mukmin yang membaca Al-Qur’an seperti buah Utrujjah baunya wangi dan rasanya enak, dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah kurma, tidak ada baunya namun rasanya manis, dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an seperti Raihanah baunya wangi dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah Handzolah, ia tidak ada baunya dan rasanya pahit” (Muttafaq ’alaihi)


Dalam hadith yang lain baginda bersabda : ”Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia pandai membacanya, ia bersama para Malaikat yang mulia, dan yang membaca Al-Qur’an dengan terbata-bata dan ia kesulitan membacanya, ia mendapat dua pahala” (Muttafaq ’alaihi)

[Syeikh Ibnu 'Utsaimin(rhm) dalam bukunya Majaalis Syahri Ramadhan menjelaskan dua pahala yang dimaksud hadith tersebut ialah satu pahala untuk membaca al-Qur'an dan satu pahala lagi untuk kesulitan yang dialami ketika membacanya.]

Justeru, apakah setelah ini ada alasan bagi seorang Muslim sejati untuk bermalas-malasan membaca Al-Qur’an dan menghayati makna-maknanya?

 Kata Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah(rhm) dalam bukunya Miftah Dar as-Sa'adah :

"Tidak ada sesuatu pun yang lebih bermanfaat bagi hati melebihi Al-Qur'an apabila dibaca dengan bertadabbur dan tafakkur. Membaca dengan bertadabbur dan tafakkur adalah puncak kedudukan orang yang berusaha, beramal dan yang mengetahui. Dengan cara itu akan melahirkan kecintaan, kerinduan, takut, harapan, taubat, tawakal, redha, syukur, sabar dan sifat-sifat lain yang dapat menghidupkan matinya hati. Membaca dengan tadabbur dan tafakkur juga dapat menjauhkan seseorang dari semua sifat dan perbuatan tercela yang merusak hati.

Seandainya manusia tahu faedah membaca Al-Qur'an dengan bertadabbur, tentu mereka memanfaatkannya dan mengesampingkan yang lainnya......"

Dan bagaimana kita ini wahai kawan? Sudahkah kita mendalami Kitabullah? Marilah kita menjadikan motto kehidupan kita ialah : "MEMBACA AL-QUR'AN SETIAP HARI".

Marilah saudara-saudara yang mulia, kita tinggalkan perdebatan yang merugikan, menuju tadabbur kalam Tuhan.

Padanya ada pedoman, petunjuk kepada jalan keselamatan. Ada cahaya, bahkan cahaya, penyembuh penyakit di dalam dada.

Firman Allah SWT :

“Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran” (Shad : 29)

“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri” ( an-Nahl : 89)

“ Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Rabb-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”   ( Yunus : 57)


Thursday, June 17, 2010

10 Kitab Aqidah - 3 Fasa Pembacaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar perkongsian pandangan dan cadangan...

Ini adalah cadangan tela'ah yang pernah saya buat untuk diri sendiri bagi kitab-kitab 'aqidah (yang melalui 3 fasa pembacaan...)

Fasa 1

1) Syarh Tsalatsatul Ushul @ at-Tanbiihaat al-Mukhtasharah
2) Fathul Majid Syarh Kitab at-Tauhid





Syarh Tsalatsatul Ushul adalah karya Al-'Allamah Syeikh Ibnu Utsaimin(rhm) manakala kitab at-Tanbiihaat al-Mukhtasharah adalah karya Syeikh Ibrahim bin as-Syeikh Shalih bin Ahmad al-Khuraishi [diterjemah atas judul : Hal-hal yang wajib diketahui setiap Muslim]. Kedua-dua kitab ini[ dan perbahasan dalam at-Tanbiihaat adalah lebih luas] adalah membahas persoalan sekitar tiga ushul yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim yaitu mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala, mengenal agama-Nya (Islam), dan mengenal Nabi-Nya, Muhammad Shallallaahu 'Alaihi Wasallam. Ketiga hal itulah yang akan ditanyakan kepada setiap hamba ketika ia berada di alam kubur.

Jika ditambah dengan kitab di bawah ini maka ianya dianggap usaha yang sangat baik dan mencukupi iaitu kitab :

3) Syarh 'Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah li Ustaz Yazid Abd al-Qadir Jawas


Fasa 2

1) Syarh 'Aqidah at-Thahawiyah - edisi pilihan adalah edisi yang ditahqiq oleh Syeikh Syua'ib Arnau'th dan Dr Abdullah at-Turki. Juga menjadi pilihan edisi yang ditahqiq oleh Syeikh Al-Albani(rhm) dan edisi Tahzib oleh Syeikh Al-Ghunaimi.

2) Syarh 'Aqidah Wasithiyah li Ibnu Utsaimin(rhm)

Pada fasa ini jika ditambah dengan kitab di bawah ini maka ianya satu usaha yang sangat terpuji iaitu kitab :

3)Ma'arij Al-Qabul 



Fasa 3

1) Kitab at-Tauhid li Ibnu Khuzaimah (rhm)
2) Kitab Khalqu Af'al Ibad li al-Bukhari - Al-Hafiz Al-Mizzi pernah membacakan kitab ini di khalayak pada zamannya sebagaimana dinukil oleh Al-Imam Ibnu Kathir (rhm) di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah. Akibat daripadanya maka al-Hafiz Al-Mizzi dipenjara!!

3) Al-'Uluw li Az-Dzahabi(rhm) - Syeikh Al-Albani telah meringkaskan kitab ini (dengan takhrij secara ringkas). Kitab ini termasuk dari kitab-kitab yang sangat kucintai!

Pada fasa ini jika diluaskan tela'ah dengan kitab di bawah ini maka ia satu usaha yang perlu selalu disyukuri, kerana hanya dengan limpah kurnia-Nya kebaikan itu menjadi sempurna! Kitab terakhir yang menutup fasa ini yang sekaligus barangkali terakhir dalam hayat tua-ku, iaitu kitab :

4) Syarh Ushul I'tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah li al-Imam Al-Lalika'i(rhm)


Dan masih banyak kitab-kitab lain hanya saja manusia itu tidak ada yang kekal usianya...pendeknya masa dan dekatnya kematian...

Wallahu'alam.

Monday, January 18, 2010

Dari Lembaran Tsalatsatul 'Ushul

Syeikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab(rhm) berkata :

“Ketahuilah sesungguhnya wajib bagi kita mempelajari empat masalah.

Pertama : Ilmu – iaitu ma’rifatullah (mengenal Allah), kemudian mengenal Nabi-Nya dan mengenal Dinul Islam berdasarkan dalil-dalil.

Kedua : Mengamalkannya.

Ketiga : Mendakwahkannya.

Keempat : Bersabar terhadap gangguan di dalamnya.

Dalilnya adalah firman Allah Taa’la :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, mengerjakan amal salih serta nasihat-menasihati untuk menegakkan kebenaran dan nasihat-menasihati untuk menetapi kesabaran”
(Al-‘Ashr :1-3)

Kata Al-Imam Asy-Syafi’i(rhm) : “Seandainya Allah tidak menurunkan hujah bagi manusia selain surah ini, nescaya telah cukup bagi mereka”

Al-Imam Al-Bukhari membuat satu bab dalam kitab Sahihnya dengan judul : “Bab : Al-‘Ilmu Qabla Al-Qauli wa Al-‘Amali – Bab ‘Ilmu Sebelum Ucapan dan Perbuatan”

Firman Allah Taa’la : “Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah dan mohonlah ampunan atas dosamu” (Muhammad : 19)

Kata Al-Imam Al-Bukhari(rhm) : “Di sini Allah memerintahkan berilmu terlebih dahulu sebelum beramal”

Ketahuilah setiap muslim dan muslimah wajib mempelajari dan mengamalkan tiga masalah ini.

Pertama : Bahawa Allah telah menciptakan dan memberi rezeki kita. Allah tidak membiarkan kita begitu saja, sia-sia, tetapi mengutus kepada kita seorang Rasul. Barangsiapa menaati Rasul tersebut pasti masuk Syurga, dan barangsiapa mendurhaka kepadanya nescaya masuk Neraka. Dalilnya adalah firman Allah Taa’la :

“Sesungguhnya Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul, yang menjadi saksi terhadapmu sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul kepada Fir’aun. Maka Fir’aun mendurhakai Rasul itu, lalu Kami siksa dia dengan siksaan yang berat” (Al-Muzammil : 15-16)

[Kata Syeikh Ibnu Utsaimin(rhm) : “Allah pasti mengutus para Rasul kepada manusia agar tegak hujah di hadapan mereka dan agar manusia beribadah kepada-Nya dengan melaksanakan apa yang dicintai dan diredhai-Nya”. Kata beliau(rhm) lagi : “Tidak mungkin kita dapat beribadah kepada Allah dengan melaksanakan apa-apa yang diredhai-Nya kecuali melalui pengabaran dari para Rasul a.s, kerana mereka sahajalah yang dapat menjelaskan kepada kita, apa yang dicintai dan diredhai oleh Allah serta apa yang dapat mendekatkan kita kepada-Nya…..”]

Kedua : Bahawa Allah tidak redha jika ada seseorang dipersekutukan dengan-Nya dalam ibadah kepada-Nya, baik ia seorang Malaikat terdekat mahupun Nabi yang diutus. Dalilnya adalah firman Allah :

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu kepunyaan Allah. Maka jangan menyembah seorang pun di dalamnya di samping Allah” (Al-Jinn : 18)

Ketiga : Bahawa barangsiapa yang menaati Rasul dan mengesakan Allah, tidak boleh memberikan wala’ kepada sesiapun yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya sekalipun mereka itu keluarga terdekat. Dalilnya adalah firman Allah Taa’la :

“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha terhadap-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung” (Al-Mujadilah : 22)

Ketahuilah –( semoga Allah membimbingmu untuk taat kepada-Nya) – bahawa hanifiyyah, millah Ibrahim itu adalah hendaklah dirimu beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan hanya untuk-Nya. Itulah yang diperintahkan Allah kepada seluruh manusia dan untuk itu mereka diciptakan sebagaimana firman Allah :

“Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku” (Az-Dzariyat : 56).

Makna beribadah kepada-Ku di sini ialah mentauhidkan-Ku.

Perintah Allah yang paling agung adalah tauhid - iaitu mengesakan Allah dalam ibadah. Sedangkan larangan-Nya yang paling besar adalah syirik – iaitu beribadah kepada selain Allah di samping beribadah kepada-Nya. Dalilnya firman Allah Taa’la :

“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu pun…(An-Nisa’ : 36)”

[Kata Syeikh Ibnu Utsaimin(rhm) : Hendaklah kalian beribadah hanya kepada Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun, tidak dengan seorang Nabi yang diutus, seorang Malaikat yang terdekat, seorang pemimpin, raja atau siapa saja di antara manusia. Kalian hanya beribadah kepada-Nya, diiringi rasa cinta(mahabbah), pengagungan(ta’zhim), harap(rughbah) dan takut/cemas(ruhbah).”]

[Nota : Tulisan hijau adalah tambahan dari syarah Al 'Allamah Syeikh Ibnu Utsaimin(rhm).Untuk huraian terperinci penjelasan Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin ke atas matan di atas sila rujuk – Syarh Tsalatsatul Ushul]

Al-'Allamah Syeikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin(rhm)