Thursday, June 17, 2010

10 Kitab Aqidah - 3 Fasa Pembacaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar perkongsian pandangan dan cadangan...

Ini adalah cadangan tela'ah yang pernah saya buat untuk diri sendiri bagi kitab-kitab 'aqidah (yang melalui 3 fasa pembacaan...)

Fasa 1

1) Syarh Tsalatsatul Ushul @ at-Tanbiihaat al-Mukhtasharah
2) Fathul Majid Syarh Kitab at-Tauhid





Syarh Tsalatsatul Ushul adalah karya Al-'Allamah Syeikh Ibnu Utsaimin(rhm) manakala kitab at-Tanbiihaat al-Mukhtasharah adalah karya Syeikh Ibrahim bin as-Syeikh Shalih bin Ahmad al-Khuraishi [diterjemah atas judul : Hal-hal yang wajib diketahui setiap Muslim]. Kedua-dua kitab ini[ dan perbahasan dalam at-Tanbiihaat adalah lebih luas] adalah membahas persoalan sekitar tiga ushul yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim yaitu mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala, mengenal agama-Nya (Islam), dan mengenal Nabi-Nya, Muhammad Shallallaahu 'Alaihi Wasallam. Ketiga hal itulah yang akan ditanyakan kepada setiap hamba ketika ia berada di alam kubur.

Jika ditambah dengan kitab di bawah ini maka ianya dianggap usaha yang sangat baik dan mencukupi iaitu kitab :

3) Syarh 'Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah li Ustaz Yazid Abd al-Qadir Jawas


Fasa 2

1) Syarh 'Aqidah at-Thahawiyah - edisi pilihan adalah edisi yang ditahqiq oleh Syeikh Syua'ib Arnau'th dan Dr Abdullah at-Turki. Juga menjadi pilihan edisi yang ditahqiq oleh Syeikh Al-Albani(rhm) dan edisi Tahzib oleh Syeikh Al-Ghunaimi.

2) Syarh 'Aqidah Wasithiyah li Ibnu Utsaimin(rhm)

Pada fasa ini jika ditambah dengan kitab di bawah ini maka ianya satu usaha yang sangat terpuji iaitu kitab :

3)Ma'arij Al-Qabul 



Fasa 3

1) Kitab at-Tauhid li Ibnu Khuzaimah (rhm)
2) Kitab Khalqu Af'al Ibad li al-Bukhari - Al-Hafiz Al-Mizzi pernah membacakan kitab ini di khalayak pada zamannya sebagaimana dinukil oleh Al-Imam Ibnu Kathir (rhm) di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah. Akibat daripadanya maka al-Hafiz Al-Mizzi dipenjara!!

3) Al-'Uluw li Az-Dzahabi(rhm) - Syeikh Al-Albani telah meringkaskan kitab ini (dengan takhrij secara ringkas). Kitab ini termasuk dari kitab-kitab yang sangat kucintai!

Pada fasa ini jika diluaskan tela'ah dengan kitab di bawah ini maka ia satu usaha yang perlu selalu disyukuri, kerana hanya dengan limpah kurnia-Nya kebaikan itu menjadi sempurna! Kitab terakhir yang menutup fasa ini yang sekaligus barangkali terakhir dalam hayat tua-ku, iaitu kitab :

4) Syarh Ushul I'tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah li al-Imam Al-Lalika'i(rhm)


Dan masih banyak kitab-kitab lain hanya saja manusia itu tidak ada yang kekal usianya...pendeknya masa dan dekatnya kematian...

Wallahu'alam.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.