Wednesday, April 1, 2009

Syarh Tsalatsatul Ushul

Kitab 'aqidah yang paling agung tentulah Kitabullah..Alangkah baiknya kiranya motto " Tidaklah berlalu suatu hari kecuali Kitab Allah dibaca padanya" berjaya diterapkan di dalam diri setiap individu muslim...

Tadabbur Al-Qur'an walaupun dari pintu mana saja datangnya akhirnya akan sampai kepada satu kesimpulan mutlak..."Sembahlah Allah saja...."


Kemudian kitab-kitab aqidah ditulis sebagai huraian dan hamparan perbahasan..Barangkali kitab paling awal yang sesuai sebagai permulaan selepas mulazamah dengan Kitabullah ialah Syarh Tsalatsatul Ushul li Ibnu Utsaimin. Di dalamnya dibahas berkenaan 3 soalan penting. Siapa Rabbmu? Apa Agamamu? Siapa Nabimu?
Kitab ini membahaskan 3 persoalan ushul yang paling penting yang wajib diketahui oleh setiap muslim dengan kefahaman yang benar. Tiga Ushul inilah yang merupakan 3 soalan awal yang ditanya di alam barzakh sebagaimana hadith yang panjang dari riwayat Al-Barra' bin Azib. Al-Imam Al-Albani (rhm)memaparkan hadith ini dalam bentuk yang sangat lengkap dalam kitabnya yang penuh manfaat : Ahkam al-Janaiz wa Bida'uha.(Hadith ini telah dipaparkan dengan lengkap pada artikel berjudul : 3 Soalan- Bahagia atau Sengsara). Kejayaan atau kegagalan berdepan hal ini akan menentukan pintu manakah yang bakal dibuka....Syurga atau Neraka? Pengakuan, keredhaan dan kepasrahan ke atas 3 ushul inilah juga menjadi zikir yang dianjurkan untuk dibaca pagi dan petang....


Jelas sekali kitab ini perlu dipilih sebagai kitab pertama yang perlu ditela'ah.Barangkali kerana kepentingan memahami 3 ushul ini secara mendalamlah menjadi sebab Al-Imam Al-Nasa'i meletakkan zikir yang menyebut 3 perkara ini (Aku redha Allah swt Rabb-ku, Islam agama-ku dan Nabi Muhammad SAW Nabi-ku) sebagai zikir-zikir yang awal di dalam kitab beliau Amal al-Yaum wa al-Lailah. Zikir ini perlu dibaca pagi dan petang.....


Edisi terbitan Al-Qowam merupakan antara edisi terjemahan yang baik.

"Buku Syarh Tsalatsatul Ushul ini merupakan buku induk yang wajib diketahui oleh setiap peribadi muslim, agar ia memiliki pemahaman yang sahih tentang dasar-dasar pokok agamanya.

Setiap muslim wajib mengenal Allah, Rasul dan Dinul Islam, lalu mengamalkan dan mendakwahkan ilmunya, serta bersabar terhadap pelbagai gangguan yang muncul di dalamnya. Ilmu tentang Allah, Rasul dan Dinul Islam adalah ilmu-ilmu pokok. Itulah yang akan ditanyakan oleh Malaikat kubur kepada setiap manusia, saat kelak ia memasuki alam kubur. Kerana pentingnya ketiga ilmu ini, maka ia dikenal dengan sebutan Al-Ushul at-Tsalatsah atau Tsalatsatul Ushul yang ertinya "Tiga(ilmu) Pokok"

Buku ini berisi matan dan terjemahan kitab Tsalatsatul Ushul karya Syeikhul Islam Muhammad bin "Abdul Wahhab (rhm). Juga dilengkapi syarah kitab tersebut yang ditulis oleh Syeikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin(rhm). Insya-Allah, di dalam buku ini anda akan mendapatkan ulasan memadai yang akan membantu anda untuk memahami ketiga ilmu tersebut."
(Penerbit Al-Qowam – sebagaimana tertulis di belakang terjemahan kitab Syarah Tsalatsatul Ushul)



Edisi yang disyarah oleh tiga ulama dalam satu buku [Syeikh Abd al Aziz bin Abdullah bin Baz - Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin - Syeikh Shalih Alu Syeikh]

No comments: