Kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah adalah antara kitab terbaik dalam bidang sejarah Islam di samping kitab-kitab lain seperti Tarikh at-Thabari, Siyar A'lam an-Nubala', Zaad al-Ma'ad, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Adapun antara kitab yang dianggap baik dalam bidang sejarah Islam yang ditulis pada zaman mutaa'khirin ini antaranya ialah kitab Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Al-'Allamah Al-Mubarakfuri.
Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengambil inisiatif yang sangat terpuji dengan menerjemahkan kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah ini ke dalam bahasa Melayu dengan tajuk "Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir" sebanyak 14 Jilid.
Sekarang pihak Pustaka Azzam, Indonesia juga telah menerbitkan edisi terjemahan bagi kitab ini. Ia adalah edisi terjemahan ke atas kitab asal, edisi yang ditahqiq oleh Dr 'Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki. Hadir dalam 22 Jilid.
2 comments:
Assalamu'alaikum,
sekadar ingin kepastian. menurut pemahaman sy drpd artikel di atas, Sirah Ibnu Hisyam adalah antara yg terbaik.
Adakah ia merujuk kpd ibnu hisyam yg merupakan anak murid ibnu ishaq? kerana melalui pembacaan saya, karya2 sirah an-Nabawiyah mrk ber2 ni ada terkandung jarum2 syiah. atau adakah akhi marzuki maksudkan ibnu hisyam yg lain?
Maaf atas ketelanjuran soalan.
Wassalam
Wa'alaikumussalam wrt akhi..
Sirah Nabawiyyah li Ibnu Hisyam masih boleh dikategorikan sebagai antara rujukan yang terbaik dalam bidang sirah. Ibnu Hisyam membawakan cerita2 di dalamnya secara bersanad maka beliau tidak boleh disalahkan sekiranya ada cerita2 di dalamnya yang kemudian harinya tertolak di sisi para muhaqqieq. Hal ini sama sebagaimana Al-Imam Ibnu Jarir at-Thabari membawakan kisah2 dalam kitab Tarikhnya secara bersanad yang kemudian harinya diketahui bahawa sebahagian cerita2 tersebut adalah batil dan tertolak misalnya cerita2 dari riwayat Abu Miknaf dan Hisyam . Baik Ibnu Hisyam mahupun Imam at-Thabari kedua-duanya tidak boleh dipersalahkan kerana mereka berdua telah pun memaparkan sanad ceritanya. Maka maqbul atau mardudnya kisah2 tersebut bergantung kepada siapa dan bagaimana perawinya sebagaimana hal ini maklum di sisi ilmu jarh wa ta'dhil.
Ibnu Hisyam juga bukanlah anak kepada Ibnu Ishaq. Adapun berkenaan Ibnu Ishaq pendapat yang paling rajih berkenaan beliau adalah sebagaimana yg di kemukakan oleh Al-Hafiz az-Dzahabi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani yakni Ibnu Ishaq diterima di dlm sirah dan perlu ada syawahid di dlm hadithnya. Adapun perselisihan antara Imam Malik dan Ibnu Ishaq, maka hal ini telah pun terjawab di sisi penelitian ilmiah.
Pun begitu dalam bidang sirah atau sejarah Islam kitab2 seperti Al-Bidayah wa an-Nihayah li Ibnu Kathir, Siyar A'lam an-Nubala' li az-Dzahabi, Zaad al-Ma'ad fi Hadyi Khair al-Ibad li Ibnu Qayyim masih mengungguli kitab2 yang lain dlm bidangnya.
Sekian. Wallahu'alam.
Post a Comment