Syarh 'Aqidah At-Thahawiyah karya Ibnu Abi Al-Izz Al-Hanafi Ad-Dimasyqi ini adalah kitab yang dicadangkan oleh Al-'Allamah Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Nasir-ul-Deen Al-Albani(rhm) untuk ditela'ah dan dikaji. Kitab ini benar-benar mendapat perhatian para ulama' khususnya para muhaddith dalam mentahqeeq, mentakhrij dan memberikan ta'liq. Antara yang melakukan usaha terpuji ini adalah Al-'Allamah Syeikh Ahmad Muhammad Syakir(rhm).
Demikian juga dengan Syeikh Al-Albani selain melakukan tahqeeq dan takhrij ke atas karya Ibnu Abi al-Izz tersebut, beliau juga memberikan syarh dan komentar ringkas terhadap matan asal at-Thahawiyah sebagaimana hal ini boleh dilihat di dalam kitabnya yang berjudul Al-'Aqidah at-Thahawiyah Syarh wa Ta'liq.
Kitab ini turut mendapat perhatian Al-'Allamah Syeikh Syua'ib Al-Arnau'th dan Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin at-Turki di mana kedua-dua tokoh ini bersama-sama melakukan takhrij dan memberikan komentar-komentar yang bermanfaat yang kemudiannya diterbitkan oleh Muassasah Ar-Risalah.
Satu lagi edisi kitab ini yang sepatutnya diberi perhatian adalah edisi yang disusun semula oleh Syeikh Abdul Akhir Hammad Al-Ghunaimi yang berjudul Tahdzib Syarh at-Thahawiyah. Istimewanya kitab ini ialah penyusun memasukkan takhrij, tahqeeq dan komentar-komentar dari Syeikh Ahmad Syakir, Al-Albani, Syua'ib Al-Arnau'th dan juga ta'liq Syeikh Bin Baz ke atas matan at-Thahawiyah ke dalam kitab yang disusunnya ini. Pustaka at-Tibyan telah mengambil langkah yang sangat terpuji dengan melakukan terjemahan bagi edisi Tahdzib ini. Terdiri atas 2 jilid.
Edisi terjemahan bagi Kitab Tahdzib Syarh At-Thahawiyah





Ingin sekali aku miliki seorang anak lelaki yang akan meneruskan perjuanganku. Alangkah indahnya andai ia tumbuh membesar menjadi seorang ahli hadith. Dan juga anak perempuan yang tumbuh murni di atas manhaj yang suci. Tidak akan mengancam keduanya walau kesesatan itu menyerang mereka dari pelbagai arah kerana mereka adalah anak-anakku yang tumbuh dari celah2 kitab yang di dalam terhimpun wahyu Tuhan penjaga agama-Nya yang abadi. Sungguh telah bersabda manusia paling agung : " Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selama-lamanya selagi kalian berpegang teguh kepada keduanya yaitu Kitabullah dan Sunnahku" (H/R Al Imam Malik dlm al Muwaththa', al Hakim dlm al Mustadrak dan disepakati kesahihannya oleh al Hafiz Az-Dzahabi).