Thursday, October 31, 2013

Edisi Terbaik Kitab Tafsir Ibnu Katsir


Tafsir Al-Qur'an Al-'Azhim (juga dikenali sebagai Tafsir Ibnu Katsir) ~ 15 Jilid, Daar A'lam al-Kutub.

حقيق : مصطفى السيد محمد ، محمد السيد رشاد ، محمد فضل العجماوي ، علي أحمد عبد الباقي ، حسن عباس قطب

Inilah edisi yang paling afdhal menurut Syeikh Abdul Karim al-Khudayr dan Syeikh Abdul Aziz Marzuq al Torifi






Dan di sana masih ada beberapa edisi pilihan bagi kitab Tafsir ini seperti :

- cetakan Daar Taibah, ditahqiq oleh Syeikh Sami al Salamah

- cetakan Daar Ibnul Jawzi, ditahqiq oleh Dr Hikmat Basyir
- cetakan Daar Ibnu Hazm, ditahqiq oleh Al Banna
- cetakan Muassasah al-Risalah, ditahqiq oleh Syeikh Anas al-Khan, takhrij hadithnya oleh Syeikh Syua'ib Al Arna'uth

5 KITAB AWAL BUAT PENUNTUT ILMU




1- Syarah 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah ~ karya Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas

Penting sebagai panduan untuk memahami tentang aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kitab ini ditulis dalam bahasa yang mudah dengan cakupannya yang luas.

Nota : Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas merupakan anak murid kepada Al 'Allamah Syeikh Ibnu Utsaimin (rhm)


 2- Tafsir Juz 'Amma ~ karya Al 'Allamah Syeikh Ibnu 'Utsaimin (rhm)

Juz 'Amma sering dibaca di dalam solat setiap hari, tetapi apakah kita memahami maknanya? Inilah kitab penting yang sekurang-kurangnya dapat membantu kita dalam usaha tadabbur dan memahami maknanya...


 3- Syarah Hadith Arba'in ~ karya Al 'Allamah Syeikh Ibnu 'Utsaimin (rhm) juga.

Menjelaskan 42 hadith yang dihimpun oleh Al Imam an-Nawawi. Sebelum kitab-kitab hadith yang lain, tentulah sangat perlu kita memahami 42 hadith ini sebagai bacaan awal...


 4- Al Wajiz ~ karya Dr Abdul Azhim al-Badawi al-Khalafi

Bahkan kitab ini dicadangkan utk mengelakkan kepeningan dalam 'samuderanya dunia fiqh'. Paling tidak sebagai langkah awal memahami fiqh bersama dalil, apalagi kitab ini mendapat pujian para ulama'. Ia tidak ditulis kecuali utk memudahkan kaum muslimin, bukan utk menambahkan pening mereka.


5- Al Rahiq al-Makhtum ~ karya Syeikh Al-Mubarakfuri (rhm)
 
Kitab ini tentang Sirah Nabawiyah. Ia termasuk kitab moden terbaik yang ditulis di zaman ini.

Bila kalian mahu membaca tentang Sirah Nabi SAW, pilihlah kitab ini. Kitab ini telah diuji, bahkan ia telah muncul menjadi sebuah kitab juara yang mengungguli karya moden yang lain...