Wednesday, March 28, 2007

Kitab-kitab Utama Dalam Bidang Aqidah







Syarh 'Aqidah At-Thahawiyah karya Ibnu Abi Al-Izz Al-Hanafi Ad-Dimasyqi ini adalah kitab yang dicadangkan oleh Al-'Allamah Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Nasir-ul-Deen Al-Albani(rhm) untuk ditela'ah dan dikaji. Kitab ini benar-benar mendapat perhatian para ulama' khususnya para muhaddith dalam mentahqeeq, mentakhrij dan memberikan ta'liq. Antara yang melakukan usaha terpuji ini adalah Al-'Allamah Syeikh Ahmad Muhammad Syakir(rhm).
Demikian juga dengan Syeikh Al-Albani selain melakukan tahqeeq dan takhrij ke atas karya Ibnu Abi al-Izz tersebut, beliau juga memberikan syarh dan komentar ringkas terhadap matan asal at-Thahawiyah sebagaimana hal ini boleh dilihat di dalam kitabnya yang berjudul Al-'Aqidah at-Thahawiyah Syarh wa Ta'liq.

Kitab ini turut mendapat perhatian Al-'Allamah Syeikh Syua'ib Al-Arnau'th dan Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin at-Turki di mana kedua-dua tokoh ini bersama-sama melakukan takhrij dan memberikan komentar-komentar yang bermanfaat yang kemudiannya diterbitkan oleh Muassasah Ar-Risalah.

Satu lagi edisi kitab ini yang sepatutnya diberi perhatian adalah edisi yang disusun semula oleh Syeikh Abdul Akhir Hammad Al-Ghunaimi yang berjudul Tahdzib Syarh at-Thahawiyah. Istimewanya kitab ini ialah penyusun memasukkan takhrij, tahqeeq dan komentar-komentar dari Syeikh Ahmad Syakir, Al-Albani, Syua'ib Al-Arnau'th dan juga ta'liq Syeikh Bin Baz ke atas matan at-Thahawiyah ke dalam kitab yang disusunnya ini. Pustaka at-Tibyan telah mengambil langkah yang sangat terpuji dengan melakukan terjemahan bagi edisi Tahdzib ini. Terdiri atas 2 jilid.

Edisi terjemahan bagi Kitab Tahdzib Syarh At-Thahawiyah

Sunday, March 25, 2007


Ini adalah terjemahan kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah yang diusahakan oleh Penerbit Darul Haq, Indonesia. Edisi ini bukanlah edisi lengkap tetapi khusus berkenaan masa khulafah ar-Rasyidin yang ditahqeeq dan disusunkan semula. Kitab ini merungkai dan memaparkan peristiwa sebenar yang berlaku di masa khulafah Ar-Rasyidin termasuk peperangan jamal dan siffin.



MANHAJ AL-IMAM ASY-SYAFI'I



Al-Buwaytiy menceritakan bahawa : “Aku pernah mendengar al-Shafi’iy berkata : “Hendaklah kalian berdampingan dengan tokoh-tokoh hadith kerana sesungguhnya mereka adalah orang yang paling banyak kebenaran.”


Al-Shafi’iy juga telah berkata : “Sekiranya aku terpandang seorang lelaki di kalangan tokoh-tokoh hadith, maka seolah-olah aku telah terpandang seorang lelaki daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Allah SWT membalas mereka dengan kebaikan. Merekalah yang telah menjaga al-Qur’an. Semoga kebaikan mereka diberi kepada kita."

(Rujuk : Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir , Jld 10, hlm. 355)




Untuk kajian lebih lanjut berkenaan Manhaj Al-Imam Asy-Syafi'i khususnya di dalam aqidah adalah sangat disyorkan kita menela'ah sebuah thesis PhD dari Universiti Islam Madinah yang ditulis oleh Dr. Muhammad A.W Al-'Aqil. Edisi terjemahan bagi thesis ini telah diusahakan oleh Pustaka Imam Asy-Syafi'i.










Thursday, March 22, 2007

Al-Bidayah wa An-Nihayah



Kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah adalah antara kitab terbaik dalam bidang sejarah Islam di samping kitab-kitab lain seperti Tarikh at-Thabari, Siyar A'lam an-Nubala', Zaad al-Ma'ad, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Adapun antara kitab yang dianggap baik dalam bidang sejarah Islam yang ditulis pada zaman mutaa'khirin ini antaranya ialah kitab Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Al-'Allamah Al-Mubarakfuri.


Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengambil inisiatif yang sangat terpuji dengan menerjemahkan kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah ini ke dalam bahasa Melayu dengan tajuk "Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir" sebanyak 14 Jilid.


Sekarang pihak Pustaka Azzam, Indonesia juga telah menerbitkan edisi terjemahan bagi kitab ini. Ia adalah edisi terjemahan ke atas kitab asal, edisi yang ditahqiq oleh Dr 'Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki. Hadir dalam 22 Jilid.


Wednesday, March 21, 2007

Dari Celah Kitab Kurenung Masa Depan

Bismillahirrahmanirrahim. wrt.

Kerana di sini tempat meluahkan apa yg terpendam di hati..maka di sini ditulis beberapa catitan..yang sering buatku termenung memikirkan masa depan.... Dunia hari ini menjadi kacau bilau dan caca marba. Pelbagai ideologi, pelbagai aliran bertembung di sana-sini. Fitnah semakin melebar semakin jauh ditiup angin. Hiburan menjadi raja, dipuja hingga lupa perihal agama. Ilmu semakin berkurang di dada2 anak2 muda. Mubaligh Kristian giat menebarkan risalah kesesatan dengan kekuatan harta mereka dan kejahilan anak2 muda kita, begitu juga firqah Syiah menaburkan syubhat menjadi api dalam sekam!, ajaran2 tareqat yang menyeleweng, gerakan Islam Liberal, anti-hadith dan pelbagai macam ancaman yang menakutkan yang tidak dapat menangkisnya kecuali dengan keluasan ilmu.

Sungguh sangat menakutkan zaman ini....bagaimanakah nantinya zaman2 seterusnya? Tidak runsingkah wahai lelaki-lelaki yang menjadi seorang abang terhadap adik2 yang muda remaja, seorang suami dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri dan anak2... Di luar sana terlalu byk fahaman2 yang menakutkan. Tidak takutkah kalau2 ianya menusup masuk ke dlm minda anak2 perempuanmu? bahkan anak2 lelakimu...Ini sungguh merunsingkanku...


Ingin sekali aku miliki seorang anak lelaki yang akan meneruskan perjuanganku. Alangkah indahnya andai ia tumbuh membesar menjadi seorang ahli hadith. Dan juga anak perempuan yang tumbuh murni di atas manhaj yang suci. Tidak akan mengancam keduanya walau kesesatan itu menyerang mereka dari pelbagai arah kerana mereka adalah anak-anakku yang tumbuh dari celah2 kitab yang di dalam terhimpun wahyu Tuhan penjaga agama-Nya yang abadi. Sungguh telah bersabda manusia paling agung : " Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selama-lamanya selagi kalian berpegang teguh kepada keduanya yaitu Kitabullah dan Sunnahku" (H/R Al Imam Malik dlm al Muwaththa', al Hakim dlm al Mustadrak dan disepakati kesahihannya oleh al Hafiz Az-Dzahabi).

Ya Allah ...bantulah aku utk menongkah zaman kepayahan ini, yang tidak akan berjaya kecuali orang2 yang mendapat pertolonganMu